Thursday, August 18, 2011

Di Mana Semua Itu?


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Sekembalinya aku ke tanah air, aku bersyukur kerana Allah masih memanjangkan usia ku untuk terus berdiri dan menjalani kehidupanku di alam dunia ini. Perjalanan yang begitu panjang sebelum selamat tibanya aku ke tanah tumpah darahku begitu penuh dengan hikmah yang Dia selitkan dan membawa aku untuk berfikir tentang sesuatu hal.

Ramadhan kini telah pun separuh bulan meninggalkan kita semua. Tetapi bila diimbas semula dari segi amalan, dan bekalan untuk disediakan demi hari Pengadilan itu, tidaklah aku rasakan memuaskan hati kerana masih banyak lompong-lompong kosong tidak diisi. Banyak peluang yang masih tidak ku penuhi. Di manakah silapnya aku? Di manakah perginya aku separuh Ramadhan yang lalu? Mengapakah aku tidak bersungguh-sungguh merebut semua peluang itu? Persoalan yang saja aku timbulkan untuk kita semua jawab dalam diri kita. Hamba Allah dan khalifah Allah yang memakmurkan bumi yang membawa Islam sebagai cara hidup. Di mana semua itu? Di mana?

Aku merasakan sesak di dada apabila mencari jawaban demi pertanyaan-pertanyaan itu. Tidak ku temui? Apabila ku cari sumber dan punca yang menghalang semua pertanyaan itu, ternyata semakin sesak ku memikirkan jawaban-jawaban semua itu. Semakin cuba ku gagahkan diri melawan semua halangan dan cubaan itu, semakin kuat aku diuji. Ya, Allah ingin menguji ku lagi. Sejauh mana kekuatan iman ku selama ini. Adakah aku benar-benar orang yang beriman atau sebaliknya? Memang, tidak dinafikan apabila menoleh kembali aku dikategorikan dalam manusia biasa, tidak lari dari keadaan iman yang mana kadang kala meningkat dan kadangkala menurun. Tapi wahai hati, apakah kau lupa bahawasanya iman itu meningkat bila mana kau dekat dengan Dia, kau berusaha mencari Dia dalam hidup kau. Kau mencari erti hidup dalam rahmat dan kasih sayang Dia selaku yang mengetahui serba serbi akan dirimu kerana Dialah Allah yang menciptkan segala sesuatu perihal tentang kau.

Paaang, tertampar aku dengan jawaban ku sendiri. Selama ini aku selalu diuji, dan aku masih boleh gagah menghadapi semua itu, tapi kenapa kini tidak lagi begitu? Ya, jawaban itu kau yang punya. Kau yang bisa menjawabnya dengan apa cara sekalipun. Semakin kita diuji hakikatnya, semakin Dia ingin kau berfikir akan hakikat hidup sebenarnya. Kemana sepatutnya kau adukan masalah dan dimana rintihan kau itu perlu kau curahkan, kau perlu mengadu kepada SIAPA yang sebenarnya.



Dalam kitab-Nya ada mengajar kita dan menceritakan akan penyelesaian bagi segala macam hal yang manusia hadapi. Sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Ada semuanya. Cuma semuanya bergantung pada kita untuk mentadabburnya. Mencari solusinya sendiri. Malah, hadith dari Nabi Muhammad SAW juga telah menghuraikan apa yang tersirat dalam Kitab-Nya. TETAPI kita masih tak dapat menyelesaikan setiap masalah kita. KERANA APA? KERANA KITA TIDAK MENGGUNAKAN SUMBER KEDUA-DUA ITU. QURAN SUNNAH KITA LETAKKAN TEPI MALAH TERGAMAK KITA MENCARI MANUSIA DAN MENGADU SEGALANYA PADA MANUSIA. MENCARI KASIH SAYANG MANUSIA. TIDAKLAH SALAH, ANDAI MANUSIA YANG KITA CARI DAN BERTANYA PENDAPAT ITU ADALAH MANUSIA YANG HALAL BAGI KITA UNTUK KITA KONGSIKAN MASALAH BERSAMA DEMI SAMA-SAMA MENCARI REDHA ALLAH. SILAPNYA RATA-RATA MANUSIA MASA KINI ADALAH KERANA MEREKA MENJADIKAN MANUSIA YANG BUKAN MAHRAM DENGAN MEREKA SEBAGAI TEMPAT MEREKA MENCARI KASIH SAYANG YANG PALSU. ALLAH DIJADIKAN ALASAN UNTUK MENGHALALKAN PERBUATAN MEREKA.

Tidak malukah kita? Menghalalkan perkara yang haram, dengan menggunakan alasan yang baik namun hakikatnya perbuatan kita tetaplah kotor walau dicuci dengan pelbagai alasan yang tidak kena pada caranya. Islam bukanlah agama yang kasar, Islam bukanlah agama yang tidak relevan, yang tidak membenarkan penganutnya membuat sesuatu selain daripada beribadah khusus. Hidup ini sendiri sebagai satu ibadah. Islam itu cara hidup kita yang menggariskan panduan pada kita bagaimana cara yang sebenarnya dalam menghadapi sesuatu masalah atau perkara. Lihatlah Islam sebagai jalan penyelesaian bagi segala masalah bukan mencari alasan untuk terus lari dari menyelesaikan masalah malah lebih teruk, menjadikan Islam sebagai alasan untuk tidak menyelesaikan masalah. Ingat, kita sendiri yang KENA berubah, berusaha mengubah sebelum bergantung harap pada Allah untuk memakbulkan hajat kita.

Khulasahnya, tepuk dada tanya iman. Apakah aku ingin berubah kearah muslim@muslimah yang menjadikan pegangan Islam sebagai cara hidup atau terus membelakangkan Islam dalam segala perkara. Muhasabahlah diri. Katakan pada diri, AKU TAK PUNYAI WAKTU KERANA MATI ITU TIADA SIAPA YANG TAHU KERANA APA, BILA, DI MANA, BAIK ATAU BURUKKAH? SEMENTARA NYAWA BELUM SAMPAI KE HALKUM, WAJIB KEATAS AKU UNTUK MEREBUT PELUANG YANG DIBERI OLEH ALLAH.

Ayuh, sama-samalah muhasabah diri. Mengingatkan diri sendiri terlebih dahulu seterusnya mengingatkan saudara muslim@muslimah yang lain kerana rugilah manusia yang lupa dan tidak mahu dari memberi peringatan dan diberi peringatan. Wallahu’alam. Allah senantiasa ada untuk hamba-hamba-Nya. Bukalah kalam-Nya, disitu ada buktinya.


Kalam seorang tilmiz,
-ahmed I, 17 Ogos 2011, 1847, bumi waqafan.

Sunday, July 31, 2011

Mulianya Ramadhan

Di sini ada satu lagu yang ingin dikongsikan. Hayati liriknya yang penuh bermakna.

Mulianya Ramadhan - Rem.

Hari Esok Kita Berpuasa
Setahun Sekali Hanya Sebulan
Sempatkah Kita Menyempurnakan
Hingga Sampai Ke Penghujungnya
Sebulan Ramadhan Kita Berpuasa
Menahan Diri Dari Lapar Dahaga
Menekan Nafsu Bermaharajalela
Melatih Diri Beramal Sentiasa



Sepanjang Ramadhan
Syaitan Dalam Rantaian
Terbuka Luas Pintu Kebaikan
Tanda Rahmat Kasih Sayang Tuhan
Itulah Kemuliaan Di Bulan Ramadhan
Solat Tarawih Menjadi Amalan
Meriahkan Lagi Keberkatan Malam
Tadarus Quran Penambah Seri
Tenangkan Hati Membersihkan Diri
Paling Istimewa Di Bulan Ramadhan
Berlakunya Malam Lailatul Qadar
Turunlah Malaikat Meraikan Semua
Menyambut Amalan Yang Ikhlas Di Antara Kita
Sebulan Sudah Ramadhan Bersama
Tibalah Syawal Tanda Kemenangan
Sempurnakah Segala Amalan
Adakah Kita Berjumpa Semula
Di Ramadhan Yang Akan Datang

Ramadhan Kareem

Dgn nama-Mu ya Allah kami bergantung harap dan menyerah diri.

Kembali mengenang sejarah, kembali mengimbau zaman sahabat-sahabat, yakni zaman mereka yang mempunyai teras akidah semantap ahli badar.
Senantiasa menantikan suatu bulan di dalam satu tahun. Saat di mana mereka boleh merebut, berlumba-lumba beribadah bagi menyahut saranan dan tawaran ganjaran berlipat ganda daripada tuhan Rabbul Izzati. Apabila bulan itu berlalu pergi, maka mereka akan merasa kesedihan, menangis kerana perginya bulan tersebut meninggalkan mereka berlalu dengan membawa segala tawaran-tawaran yang ada.

Kini, kita berdiri, bernafas menghirup udara milik-Nya. Sekali lagi kita diberi peluang untuk berada dalam bulan 'itu'. Bulan yang di dalamnya ada seribu kebaikan dan barakah. Yang pada awalnya rahmat daripada Dia, di pertengahan keampunan daripada Dia dan di akhirnya nanti, pembebasan daripada neraka Dia.
Beruntunglah barangsiapa yang berada dalam bulan 'itu' dan berjaya melalui tarbiyyah di dalamnya dengan jaya. Kerna pada saat bermulanya bulan 'itu', musuh nyata manusia, dikunci dan pintu neraka ditutup serapatnya, yang tinggal hanyalah diri kita dan nafsu untuk menjalani tarbiyyah dalam bulan itu.



Ayuh, koreksi diri dan islahkan diri dikesempatan bulan yang mulia ini seperti mana zaman sahabat-sahabat yang menghidupkan bulan 'itu' dengan amal ibadah.

Selamat Menjalani Ibadah di Bulan Ramadhan yang barakah ini. Moga mendapat keredhaan daripada Allah dan diterima amal ibadah kita.
Ramadhan Kareem, daripada saya.

Friday, July 1, 2011

Debu - Debu Dosa

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.


Kali ini, ana hendak berkongsi sesuatu mengenai satu lirik lagu nyanyian kumpulan Hijjaz yang mana telah lama menarik minat ana untuk acap kali mendengarnya. Nasihat yang diselitkan dalam lagu ini benar-benar membuatkan ana terpaku. Dek kerana maknanya yang begitu kena pada masa kini, terutama pada diri ana sendiri yang kini berada dalam keadaan tak tentu hala kadang kala. Mungkin kerana kurangnya taqarrub kepada Ilahi.
Sama - sama kita renungkan makna dalam lagu ini.
Moga mendapat ibrah bersama.



Debu-Debu Dosa
Artist: Hijjaz
Album: Damai
Song Category: Nasyid
Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

Sunday, June 26, 2011

Sunday, June 19, 2011

Fatrah Imtihan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Masa sememangnya berlalu dengan pantas. Tanpa kita sedari atau sedari, masa tetap pergi meninggalkan kita sama sekali tak akan kembali detik yang berlalu itu. Namun apakah setap detik yang berlalu kita manfaatkan sepenuhnya?
Moga sama-sama dapat kita muhasabah kembali.

Jun, Julai, Ogos. Kini, kami warga pelajar perubatan Iskandariah sekali lagi berada dalam musim demam peperiksaan. Kalau ikut istilah kempen yang sedang dijalankan oleh PERUBATAN, ''EXam Fever''. Memang tak dinafikan bahang panasnya demam peperiksaan ini terasa. Bagi tahun satu dan dua, sistem pembelajaran kami berbeza, kerana kami belajar mengikut sistem modul atau berintegrasi berbanding tahun tiga hingga enam yang mengguna pakai sistem konvensional. Oleh sebab itu, kami sememangnya mempunyai peperiksaan setiap akhir bulan. Sampai sekarang pun ana sedang menduduki peperiksaan bagi modul Musculoskeletal system, yakni modul kedua terakhir bagi semester dua tahun pertama ini. Selepas tamat peperiksaan modul ni, inshaAllah akan menyambung satu modul terakhir sebelum mula menduduki peperiksaan akhir semester tahun satu yang dijangka awal Ramadhan sekitar bulan Ogos minggu pertama hingga kedua.
Moga kami semua sentiasa bersedia di saat awal lagi agar tidak tergesa-gesa disaat akhir, inshaAllah.
InshaAllah, ma'ana annajah.




Bercakap mengenai fatrah imtihan, terkenang ana akan satu perkara yakni hidup juga sebagai satu ujian. Ujian yang wajib diambil oleh semua makhluk tanpa mengira sebarang perbezaan darjat, harta mahupun nama. Ujian yang akan dinilai oleh Allah di mahkamah akhirat kelak. Yang bakal menentukan nasib kita sama ada mendapat kebaikan nikmat syurga ataupun seksa neraka, na'uzu billah.
Persoalannya sekarang, adakah kita sentiasa sedar akan hakikat realiti ini?
Adakah kita bersedia untuk menghadapinya dengan penuh persediaan?
Mampukah kita untuk menghadapinya?
Jawapan bagi semua persoalan ini terletak pada diri anda sendiri termasuklah ana sendiri. Sama-sama kita muhasabah diri kita semula.
InshaAllah, moga kita dalam golongan yang sentiasa bersedia dan melipatgandakan amalan agar kita tidak rugi di kehidupan yang kekal abadi disana.
Wallahu'alam.

Monday, June 13, 2011

Sedikit renungan bersama yang lahir dari jiwaku.

Firman Allah :

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى - فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِىَ الْمَأْوَى

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; Maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya.
( An-Nazi’at (79) : 40, 41)

Aku berusaha untuk mengislahkan diri, dan kawan-kawan selagi mana aku mampu, supaya kita sama-sama menjadi golongan seperti yang Allah sebutkan. Tegurlah kami andai kami melakukan kesalahan. Kerana aku dan kawan-kawanku hanyalah manusia biasa yang sering kali melakukan kesalahan kepada Allah dan hamba-hamba-Nya jua. BUkanlah maksum seperti para rasul. Islam di akhir zaman semakin menjadi asing semula seperti mana yang pernah nabi sabdakan lebih 1400 tahun dahulu.
Imam Muslim meriwayatkan di dalam Shahihnya dari jalan Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (HR. Muslim [145] dalam Kitab al-Iman.Syarh Muslim, 1/234).

Tak mahukah kita menjadi golongan yang asing tersebut. Yang betul mahu menghayati hidup dalam keadaan Islam itu sendiri. Aku bukanlah mahu menjadi golongan yang munafiq, fasiq, yang tahu hanya bercakap tetapi tak mahu mengamalkannya, justeru aku mengharapkan dari sahabat-sahabat sekalian, agar kita sama-sama memastikan aku dan kamu semua tidak hanya bercakap-cakap memberi peringatan kosong tetapi turut sama-sama mengamalkan yang baik, meninggalkan yang buruk. Moga niat aku ini untuk berkata-kata seperti ini, tidak akan mendatangkan penyakit hati seperti riak, takabbur, sum'ah, dan mazmumah lain yang boleh membinasakan diri aku sendiri dalam api neraka jahannam Allah.
Na'uzubillah. Moga Allah redha.
Wallahu'alam.



Nota kaki : doakan kami semua nak exam perubatan mulai bulan ini hingga akhir nya,moga lulus cemerlang dunia akhirat demi kebaikan ummat Islam dimasa hadapan, inshaAllah.