Sunday, October 28, 2012

Ujian

Bismillah. Seringkali hati kecil mengeluh, ya Rabb, betapa banyaknya ujian yang menimpa diri. Seumpamanya setiap perkara yang berlaku tiada yang menyenangkan hati ini. Lalu diambil masa sejenak untuk berfikir. Sama-sama berfikir, apakah ini satu ujian yang hanya biasa-biasa ataupun ujian yang teramat berat? Kadangkala, jawapannya terlalu mudah, dan mungkin kadangkala jawapannya terlalu payah dan sengaja dipayahkan. Ini ujian kah atau suatu nikmat? Bilamana kita menjawap ianya sebagai ujian, bukankah ujian juga sebagai satu nikmat? Nikmat dalam bentuk ujian. Oh, jangan lupa, ujian juga ada ujian kesenangan dan kepayahan. Di kategori manakah kita? Hmmm... Kalau hendak berbicara mengenai soal ujian kepayahan, soal semula diri kita, apakah ujian kepayahan yang aku terima ini, seberat mereka yang berada di Palestin? Adakah sesusah seperti mereka yang berada di Somalia? Ataupun serupa dengan mereka yang berada di Rohingya? Belum tentu kita dengan mereka serupa. Kan? Ini merupakan salah satu cara untuk mempositifkan diri bilamana diri terasa ditimpa ujian kepayahan. Usah persoalkan mengapa kita diuji, tapi persoalkan bagaimana cara kita menghadapi dan menerima ujian tersebut. Oh, ujian kesenangan, tak ramai juga sedar akan hakikat ujian ini. Bukankah Firaun juga begitu? Bukan sahaja tak sedar akan hakikat ujian ini, bahkan enggan mengakui akan hakikat dirinya yang tak punya apa-apa kuasa pada realitinya. Begitu juga pada diri kita. Usah membangga diri dengan hanya sedikit kesenangan yang kita perolehi hari ini. Esok belum tentu akan sama seperti hari ini. Siapa tahu? Mari kita renungi sejenak. Berapa banyakkah kesilapan kita dalam menghadapi setiap jenis ujian yang melanda diri kita selama ini? Apakah anda sedar, saat ini juga kita sedang diuji? 29:2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Saturday, October 13, 2012

Permulaan yang satu.

Sammillah. Bismillahi Allahu Akbar. Ingin ku coretkan sesuatu yang baru untuk kenangan yang akan datang. Tapi punyakah kekuatan utk ku terus istiqamah untuk itu? Biiznillah, akan ku cuba! Yang pasti, aku mahu berkongsi sesuatu yang bermanfaat, inshaAllah.